Peringatan Mesra...

1. Pastikan Bil Elektrik anda tidak tertunggak - cek online TNB Billing enquiries - 1300885454

2. Pastikan password akaun anda lebih secure - The Password Meter

Pengiklanan Berbayar

Monday, February 6, 2012

Periksa Nombor IMEI Sebelum Beli Handphone

Pernahkah anda periksa Nombor IMEI sebelum membeli handphone kesukaan anda? Keluar duit beratus-ratus tapi bila dah beli tiba-tiba terjatuh..terus rosak padahal handphone yang anda beli adalah jenis berjenama seperti Samsung atau Nokia tapi banyak masalah?

Sebelum anda membeli handphone kesukaan anda, aku ada tips nak bagitau ni untuk memastikan handphone yang anda ingin beli tu adalah kualiti yang terbaik. Sebagai contoh aku telah membeli satu handphone Nokia C2-03 Dual Sim Kad.

Ini je handphone yang mampu aku pakai...
Sebagai pengguna mestilah aku nak tahu handphone ni original ke tidak...kalo tanya penjual handphone tu memang dia kata semuanya original..Jadi untuk mengelakkan kita ni sebagai pengguna ditipu atau dapat handphone berjenama jenis cap ayam, aku kasi ini tips la..

1. Tekan *#06# akan tertera satu siri nombor unik contohnya seperti 358266045705428.


2. Perhatikan nombor yang ke 7 dan ke 8. Contohnya, handphone aku memaparkan no siri 358266045705428, no ke 7 dan ke 8 ialah, 04.

C2-03 Nokia Dual Sim Car
Adakah handphone anda original atau jenis cap ayam? Anda boleh rujuk nombor dibawah:

02 atau 20: dari China = KUALITI RENDAH

08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA

01 atau 10: dari Finland = TERBAIK

00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK

13: dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI DAN MERBAHAYA

Nampaknya handphone aku dari kilang asal dan sangat terbaik..pernah jatuh 5 kali tapi still ok..handphone anda bagaimana? Periksalah sekarang untuk ketahui sama ada ia original atau sebaliknya...

p/s: Tapi kan semua handphone dipasang di China..mungkin sparepart je dari kilang asal..Wallahualam..

1 comments:

Nath said... Best Blogger Tips

saya punya pun 04 tapi quality cacat >.<

Post a Comment